Powered By Blogger

Selamat Datang Ke Halaman Irfan!

Selamat Datang ke halaman saya! Saya berharap anda suka blog saya.

Rabu, 7 Julai 2010

Mari Belajar Membuat Pantun

Saya dan kawan-kawan saya berpeluang belajar mengenai pantun baru-baru ini. Kami diperkenalkan kepada pantun melalui lagu 'Rasa Sayang Eh'.

Pantun ini terdapat dalam lagu Rasa Sayang Eh.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama kucing yang belang
Dua tiga boleh ku cari
Mana nak sama cik adik seorang  

Kemudian, cikgu menyuruh kami mereka satu pantun dan gantikan pantun ini dengan pantun rekaan kami.

Kumpulan saya telah mereka satu pantun. Inilah pantunnya:

Kami murid darjah tiga
Pergi ke sekolah setiap hari
Walaupun kami masih muda
Kami murid bijak sekali

Bagus tidak pantun ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan