Powered By Blogger

Selamat Datang Ke Halaman Irfan!

Selamat Datang ke halaman saya! Saya berharap anda suka blog saya.

Khamis, 15 Julai 2010

Mari Membuat Batik

Dalam salah satu aktiviti dalam kelas modular sastera, saya dan kawan-kawan diberi peluang mengikuti sesi batik. Jurulatih batik kami pada hari itu ialah Encik Ika Sarkasi. Encik kenalkan kami kepada alat-alat yang diperlukan untuk membuat batik. Alat-alat itu ialah berus cat, canting, bingkai kayu, kain kapas, parafin dan cat warna.

Mula-mula, pensel digunakan untuk melukis gambar batik di kain kapas. Kain kapas itu kemudian dilekatkan di bingkai kayu.

Parafin yang dicairkan akan diisikan ke dalam canting. Canting digunakan untuk ikuti lukisan yang telah dibuat dengan pensel pada awalnya.


Setelah itu barulah saya boleh mula warnakan lukisan batik menggunakan berus dan cat warna.








Inilah hasil lukisan batik saya dan kawan-kawan. Saya berasa sangat seronok diberi peluang membuat batik. Saya dan kawan-kawan berpuas hati melihat batik-batik yang dihasilkan oleh kami.

Melalui sesi ini, kami dikehendaki membuat sebuah karangan berdasarkan pengalaman kami membuat batik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan