Semalam cikgu berbincang tentang 'hero' dan makna 'hero'.
Kami sekelas setuju bahawa 'hero' tidak perlu boleh terbang, boleh lari dengan cepat macam kilat atau mengangkat gajah dengan satu tangan.
'Hero' atau wira saya ialah Dr Goh Keng Swee.

Gambar dari blogs.nlb.gov.sg |
Ini ialah kerana beliau telah menolong membangunkan ekonomi Singapura. Beliau juga adalah Timbalan Perdana Menteri kedua Singapura antara tahun 1973 dan 1984.
Dr Goh dilahirkan di Melaka ke dalam keluarga peranakan. Beliau datang ke Singapura pada usia dua tahun. Beliau bertemu rakan-rakan pelajar seperti Tun Abdul Razak, Maurice Baker, Lee Kuan Yew dan Toh Chin Chye.
Dr Goh juga bertanggung jawab untuk menubuhkan tempat-tempat menarik seperti Jurong Bird Park danTaman Haiwan Singapura. Beliau juga menubuhkan Simfoni Orkestra Singapura.

Dr Goh ialah wira saya kerana dia sayang akan rakyat-rakyat Singapura. Beliau mahu semua rakyat Singapura maju, tidak kira bangsa dan ugama.
Kata cikgu, beliau berkata bahawa pendidikan itu penting. Jika tidak mahu hidup miskin, kita mesti menambahkan ilmu pengetahuan. Saya akan belajar dengan tekun hingga berjaya kelak.
Sila kunjungi http://en.wikipedia.org/wiki/Goh_Keng_Swee untuk penerangan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan