Minggu lalu, cikgu kenalkan kami kepada permainan tradisional. Saya dan rakan-rakan saya belajar cara permainan 'Mencari Cucu'.
Bagi permainan ini, sekumpulan murid akan menjadi 'cucu' dan berdiri dalam bulatan. Seorang murid akan menjadi 'nenek' dan akan berdiri di tengah bulatan. Mata 'nenek' akan ditutupi dengan pelitup mata. 'Cucu-cucu' akan menyanyikan lagu sambil berpusing. 'Nenek' pula akan memilih salah satu 'cucu' dan cuba meneka siapaka 'cucu' itu. Jika dia berjaya meneka dengan betul, maka si 'cucu' itu pula yang akan menjadi 'nenek'.
Lagunya seperti ini:
Nenek, nenek si bongkok tiga,
Siang mengantuk malam berjaga,
Mencari cucu dimana sahaja,
Neneku kahwin dengan anak raja.
Selepas 'cucu-cucu' selesai menyanyi, mereka harus berdiam. 'Nenek'pula harus menyanyi bahagian ini:
Cucu-cucu tak dapat lari,
Nenek tua banyak sakti,
Sekarang nenek hendak cari ganti,
Siapa kena dia menjadi.
Ahirknya, 'nenek' harus meraba-raba muka dan rambut salah satu 'cucu' dan meneka siapa itu. Kalau diteka salah, 'nenek' harus mencari 'cucu' lain. Kalau betul,'cucu' itu akan menjadi 'nenek'.
Tontonlah video ini untuk melihat bagaimana ia dimainkan.
.
Tontonlah video ini untuk melihat bagaimana ia dimainkan.
.