Dalam pelajaran modular sastera, saya dan kawan-kawan telah mempelajari tentang pondok buruk. Bab 3 dalam buku sastera 'Sepandai-pandai Tupai Melompat', kami diperkenalkan kepada pondok buruk. Cikgu telah menayangkan satu video mengenai pondok buruk. Saya berasa seram melihat keadaan pondok buruk itu. Cikgu kemudian menyuruh kami mengarang sebuah cerita yang berlatarbelakangkan pondok buruk.
Inilah cerita yang saya karang:
“Ribik Ribik!”bunyi katak menandakan hujan akan turun pada malam yang sunyi itu.
Faizal dan kawan-kawanya, Amin, Nurul dan Syuhaidah bersepakat untuk pergi menyiasat hutan yang berhampiran dengan kawasan rumah mereka. Apabila mereka memasuki hutan itu, tiba-tiba mereka mendengar bunyi suara perempuan menangis.
“Eh, ada sebuah pondok buruk di situ!” ujar Faizal, sambil menunjukkan tangannya ke arah sebatang pohon yang besar.
Mereka pun menghampiri pondok itu dengan berhati-hati dan menjenguk melalui sebuah tingkap yang pecah. Kelihatan seorang budak perempuan sedang diikat di sebuah kerusi. Mereka pun memberanikan diri lalu masuk ke dalam. Rupa-rupanya budak perempuan itu telah diculik oleh dua orang perompak sebagai tebusan mendapat wang daripada orang tuanya. Mereka pun segera berlari keluar dari hutan itu dan terus ke rumah Faizal yang terdekat.
Ayah Faizal pun menelefon pihak polis selepas mendengar cerita daripada empat sekawan itu. Mereka telah mendapat pujian atas sifat keberanian dan tanggungjawab yang diberikan untuk menolong orang yang dalam kesusahan.
Bagaimana? Menarik tidak cerita saya ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan