 |
Jurulatih silat kami menunjukan langkah-langkah silat |
Silat merupakan seni mempertahankan diri. Saya mengikuti bengkel silat di sekolah. Jurulatih silat kami ialah Encik Imran dan Encik Kadir. Saya dan kawan-kawan telah diajar langkah-langkah silat. Silat bukan sahaja sesuatu yang baik untuk mempertahankan diri, ia juga merupakan satu aktiviti yang menyihatkan tubuh badan. Silat juga mengajar kita untuk mendisiplinkan diri. Saya berasa seronok dapat mempelajari tentang silat.
 |
Kami mencuba langkah-langkahnya |
 |
Semasa menemuramah Encik Kadir |
Pada akhir sesi silat, kami dikehendaki menemuduga Encik Kadir dan Encik Imran. Kami harus menggunakan Kata Tanya yang sesuai apabila membuat soalan-soalan temuramah. Saya berasa bangga dapat menemuramah mereka kerana mereka merupakan pesilat Nasional Singapura. Mereka juga telah memenangi banyak pingat untuk negara kita. Syabas kepada mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan